Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh
orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai,
walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah
memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan
penganiayaan mereka. Antaranya :-
A) Menanam barang-barang sihir
Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh
jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di
puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak
orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir,
tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam,
tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong
siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang
biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah,
di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, diselit di
tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah
rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang
mati, maka ia ditabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika
barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya disapu di tiang rumah,
kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.
B) Memuja gambar
Terdapat juga cara untuk menganiayai orang
lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar
tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung
di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar,
alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga
boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya
dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih
sayang.
C) Tuju melalui angin/makanan
Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara
membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya
seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh
dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga
boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman
seseorang.
D) Memuja patung sebagai pengganti orang yang
dizalimi
Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan
kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki
dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung
tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan
supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.
Saya sedikit pelik kenapa kita percaya lg bende-bende syirik ni. Ingat la bahawa sihir merupakan dosa besar yg tidak dimaafkan oleh Allah. Jangan gunakan taktik kotor jika tidak berpuas hati dengan seseorang. Berhadapan lah dengan orang itu dan mintak dia bantu jika mahu berada di tahap sama sepertinya.
Pintu taubat masih terbuka, jadi bertaubat lah. Sekian.
No comments:
Post a Comment