Sila hubungi

Friday, 5 April 2013

GASTRIK / ANGIN PERUT


Ulser peptic ditakrif sebagai luka kecil yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser.
Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.

Apakah faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
Antara faktor-faktor  yang perlu diperhatikan ialah:
bullet
pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
bullet
orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
bullet
penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
bullet
hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
bullet
orang yang berdarah jenis A.
bullet
pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
bullet
perokok.
bullet
pemakanan yang tidak terurus.
bullet
stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.

Tanda-tanda
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:
bullet
sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
bullet
rasa pening kepala.
bullet
mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
bullet
muntah.
bullet
badan rasa lemah lesu.
bullet
berat badan menurun.
bullet
najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah).

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
bullet
makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
bullet
rehat yang lebih.
bullet
jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).
bullet
pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
bullet
ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
bullet
tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
bullet
pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
bullet
antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.
bullet
H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya. 
bullet
proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
bullet
prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).
bullet
ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.



Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.


H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
bullet
haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
bullet
lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.
bullet
perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.

No comments:

Post a Comment