Sila hubungi

Tuesday, 2 April 2013

Merokok lepas bangun tidur tingkat risiko barah paru-paru

Merokok, tak kesah la bangun tido ke, lepas makan ke, nak eg..eg..eg ke, mmg bahaya pn. Tp perokok tegar la katakan. Boleh lak die argue ade jek org merokok hdp sampai umur 80++. Ni sy nak pesan sekali lg, terutamanya kpd suami tercinta, tolong la behenti merokok.



 Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. 



Kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State; “Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur.”


Kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia. NNK jg mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus. 

Penyelidik mendapati kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18 peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam selepas bangun. 



“Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan faktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL.

Amboi, ash tray peparu pn ade jg ke. Huhu. Sepatutnye insaf, ni lg menjadi-jadi ade lah

No comments:

Post a Comment