Sila hubungi

Wednesday, 3 April 2013

Ikan Puyu dan Kemistikannya


Ikan puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Ia mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan. Ia mempunyai duri yg tajam pada badannya. Ikan ini biasanya ditemui di paya-paya atau dibendang.

ikan puyu

Ada sesetengah pendapat yg mengatakan jin dan toyol leka bermain dengan ikan puyu. Dek kerana itulah,  Kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha memukau penghuni sesebuah rumah. Selain itu durinya yg tajam mampu menyekat kekebalan makhluk halus (jin dan syaitan) untuk masuk ke dalam rumah manusia.

Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Begitupun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyantau orang lain.

Walaubagaimanapun, ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua. Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak. Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui.

Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk kerana dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan pemuda tersebut.

Saya sendiri pn ada membela 2 ekor ikan puyu. Name dorng cici n coco. Huhuhu. Kadang-kadang bila dorang melompat dalam akuarium cuak jg, meremang gak la bulu roma. But apa-apa pn, kita tak boleh la percaye bende-bende karut ni, hanya ALLAH yg mengetahui segalanya.

Ayat kursi; salah satu ayat untuk menghalang ganguan makhluk halus



tentang ikan puyu dan kemistikkannya. Saya hanya berkongsi, jgn percaya 100% ye.

"Cerita ni diceritakan oleh arwah abah saya waktu saya kecil-kecil dulu. Dulu-dulukan kampung-kampung masih lagi hutan belantara dan jarak antara satu rumah ke rumah yang lain agak jauh.  Ceritanya macam ini.  Ada sepasang suami isteri yang tinggal jauh dari rumah orang-orang kampung yang lain.  Si suami hanya bekerja kampung, manakala isteri surirumah sepenuh masa.  

Nak dikatakan rezeki si isteripun hamil.  Oleh kerana suami selalu tiada di rumah dan mengenangkan keadaan isterinya yang berbadan dua dia meletakkan beberapa ekor ikan puyu dalam botol dan diletakkan di dalam rumah. Kata orang tua-tua elok membela ikan ini untuk menyelakkan gangguan selain kita berserah dan memohon perlindungan daripada Allah swt. Ikan puyu dikatakan boleh menghalang gangguan makhluk halus dan mematikan sihir.


Dari bulan ke bulan kandungan si isteri pun mencapai 9 bulan 10 hari.  Satu malam tiba-tiba isteri mengadu sakit perut dan memberitahu suami bahawa sudah sampai masa untuk dia melahirkan.  Suamipun terus bergegas dan mencapai lampu suluh untuk memanggil bidan.  Sebelum pergi, dia berpesan kepada isteri agar sentiasa membaca surah2 lazim dan meletakkan Al-Quran dan ikan puyu yang diletakan didalam botol di sisi isterinya.  Tak lama kemudian, isteri yang kesakitan terdengar ketukan pintu tanpa salam.  

Siapa tu? Tanya beliau.  Aku ni Mak Bidan.  Masuklah saya kat dalam bilik ini, jawab beliau.  Tiba-tiba si isteri terasa seperti ada hembusan angin yang menerpa masuk dan alangkah terkejutnyer beliau apabila melihat dihadapannya suatu lembaga menyeringai ke arah beliau. Lembaga itu seperti perempuan tua yang memakai baju kotor serba putih dengan rambut panjang mengerbang dan berkuku tajam. Segera dicapainyer Al-Quran yang memang ada disisinya dan memeluknya erat2.  Apabila lembaga tersebut cuba untuk menyentuh badannya dia menepis dengan menggunakan Al-Quran tersebut.  Peluh menitik-nitik di badan beliau.  Lembaga itu tidak berputus asa dan terus mencuba lagi sambil mengilai-ngilai.. Tiba-tiba  salah seekor ikan puyu yang ada dalam botol disisi beliau melompat kuat dan masuk ke dalam mulut lembaga tersebut.  Lembaga itu menjerit nyaring dan terus terbang keluar bak ribut dari bilik tersebut. Si isteri terus memeluk kitab Al-Quran dengan lebih kuat sambil menahan kesakitan dan dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat.

Seketika kemudian,  si suami pun tiba bersama Mak Bidan.  Mak Bidan yang terkejut meihat keadaan isteri beliau terus memberikan sedikit air penawar untuk memulihkan semangatnya.  Isteri kamu ni kena gangguan, kata bidan tersebut. Alhamdulillah, tak lama kemudian, si isteri selamat melahirkan anak.  Beliau terus menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya tadi kepada suami dan Mak Bidan.
Tak taulah kebenaran cerita ini. Tapi ia disampaikan dari mulut kemulut.  Apapun, memang saya ada dengar tentang nasihat orang tua-tua agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan seperti ini ataupun sihir-sihir.  Wallahua’lam."



No comments:

Post a Comment