Salam, ni saya sambung lg pasal sihir. Ini adalah akibat yg akan dirasai oleh mangsa-mangsa yg terkena sihir. Maklumat ini saya ambil sepenuhnya dari: http://akrineseremban.blogspot.com
Setelah syarat-syarat yang diminta oleh Tok
Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku
sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan
tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh upahan ini
ialah antaranya :-
- Badan
sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan
atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
- Perasaan
menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang
buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok
ditempat-tempat tertentu pada badan.
- Orang
yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan
seumpamanya.
- Sering
meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
- Mengalami
sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
- Rahim
terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
- Badan
terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang kala terasa
seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
- Sentiasa
terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
- Tidak
boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas
dan serabut.
- Selalu
tidak sedarkan diri dan pengsan.
- Kadang-kala
si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
- Perut
mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
- Kadang-kala
kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi,
sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
- Terdengar
suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu
seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau
bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan
sebagainya.
- Rumah
tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa
berlaku.
- Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.
Ingat la bahawa sesiapa yg mengamalkan sihir, hukuman dalam islam adalah bunuh tanpa perlu diminta bertaubat.- "Kitab Tauhid" karangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
No comments:
Post a Comment