Selama ni kita tak pernah tepikir yg berjalan ini ade maksudkan? Jadi selepas membaca artikel ini, mari la kt sama muhasabah diri dan cube jd manusia yg terbaik.
walking woman michael snow |
1. Kelihatan Seperti
Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya
berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan
terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang
yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke
Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang
berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya
memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang
rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk
ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya,
dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini
sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap
Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah
kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman
luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya
yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai
perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan
yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam
menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain.
Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian
teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa
yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti
Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan
kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga
perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air
mata
Sumber:
No comments:
Post a Comment